Pages

Tips Penjimatan Air

on Monday, May 28, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Air merupakan antara sumber yang sangat berharga kepada kehidupan manusia.Malahan sumber air turut memberikan peluang untuk kitaran ekosistem kepada hidupan di bumi termasuklah manusia.Hargailah sumber air anda.Tamadun awal manusia selalunya bermula di kawasan sungai.Ini membuktikan sumber air menjadi penyumbang kepada kelestarian kehidupan manusia.

Seharusnya kita semua peka bahawa sumber air sekarang semakin terancam dengan pelbagai masalah antaranya pencemaran,kawasan tadahan hujan (punca air) yang dimusnahkan untuk pembalakan serta pembaziran air.Pembaziran sebagai mana penulisan saya terdahulu,manusia sangat kurang menghatgai sumber mengalir seperti air kerana beranggapan sumber ini tidak akan habis untuk selamanya.Persepsi ini mesti diubah!

Tips penjimatan Air

  1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah(contohnya memilih sistem curahan berkeupayaan 6 liter air ataukurang)
  2. Kurangkan masa mandian atau gunakan paip air perenjis mandian bertekanan rendah
  3. jangan biarkan air mengalir di sinki ketika mencuci muka,menggosok gigi atau bercukur.Cara terbaik ialah dengan menakung air di dalam bekas.
  4. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagiuntuk mengelakkan kehilangan air melalui proses penyejatan akibat cuaca panas.
  5. Ubah suai pemeraik(alat siraman) di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.Jika kawasan taman yang kecil gunakan baldi atau salur getah.
  6. Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6sm keran rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  7. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap atau kotoran.
  8. Gunakan bekas pengairan seboleh mungkin untuk menyiram taman.
  9. Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk,gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.
  10. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  11. Pastikan mesin basuh dipenuhi bagi setiap cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian anda sedikit sahaja.
  12. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah
  13. Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk kegunaan di dalam garaj,di taman dan jika boleh untuk curahan tandas anda.

Bagaimana? Adakah idea di atas agak gila-gila bagi anda? Atau ianya praktikal semuanya terpulanglah kepada anda. Sebaiknya amalkan tips penjimatan air untuk hargai sumber alam dan juga sumber kewangan anda sendiri.
Ranking: 5

Coretan Hati Cik Tom: CIK TOM | Blog Suka Suki

Coretan Tips Penjimatan Air di taip oleh CIK TOM Pada tarikh Monday, May 28, 2012. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO