Pages

3 Blog Pilihan Terbaik by Cik Tom Tom Bak

on Sunday, November 25, 2012

3 Blog Pilihan Terbaik by Cik Tom Tom Bak


Contest SEO datang lagi. hehe... Ini contest SEO yang kelima cik tom join sepanjang tahun 2012 dan juga sepanjang berblog . Kali pertama join contest SEO ialah contest dari blog titan dengan keyword "3 Artikel Berpengaruh Blog Earncent.com". Alhamdulillah kali pertama blog cik tom join contest SEO dan berhasil menang. Dapat hadiah pilihan terbaik iaitu buku Contengconteng.com. Seronok jugak. hee...

Kemudian cik tom join contest SEO keyword "Pengalaman kena denda di sekolah". Cik tom menang tempat kelima tapi bukan kategori SEO. Menang kategori artikel pilihan yang terbaik.  Kemudian contest SEO "Lelaki Kacak". Contest SEO keempat yang cik tom join ialah "Eyriqazz vs Denaihati" dan alhamdulillah memenangi tempat ke 3. Ini contest SEO yang kelima cik tom join iaitu dengan keyword "3 Blog Pilihan Terbaik".

Adakah blog ciktom.com masih ada rezeki menang antara top 3 dalam Blog Pilihan Terbaik?? Wallahualam.. tapi cik tom akan usahakan setakat mana yang cik tom sempat.. Semoga satu hari nanti blog cik tom pun tersenarai dalam blog pilihan yang disukai blogger2 diluar sana. hee...
Tag :

MENANG 6: Hadiah dari Anasaira FeltCraft

on Thursday, July 5, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang giveaways dari Anasaira FeltCraft!!


ALHAMDULILLAH ini kemenangan keenam CGL yang cik tom menang menggunakan blog suka suki :) 


Entry pengumuman kemenangan: http://anasairacraft.blogspot.com/2012/06/pemenang-ga-anasaira-felt-craft.html
Tag :

MENANG 5: Hadiah Topup RM10 Mizayusof.com

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang giveaways dari mizayusof.com!!


ALHAMDULILLAH ini kemenangan kelima CGL yang cik tom menang menggunakan blog suka suki :) 


Entry pengumuman kemenangan: http://www.mizayusof.com/2012/06/senarai-pemenang-2nd-giveaway-from.html
Tag :

MENANG 4: Hadiah Brooch dari Akmarwati


Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang giveaways dari sis Akmarwati!!
ALHAMDULILLAH ini kemenangan keempat CGL yang cik tom menang menggunakan blog suka suki :) 

Hadiahnya dah selamat cik tom terima 2 brooch yang comel tapi cik tom tak sempat nak snap gambarnya. Nanti kalau rajin cik tom snap gambar tue.

Entry pengumuman kemenangan: http://www.akmarwati.com/2012/05/peserta-ga-dari-akmarwaticom.html

Tag :

Eyriqazz vs Denaihati- Contest SEO

on Sunday, June 24, 2012

Eyriqazz vs Denaihati? Artikel bertajuk Eyriqazz vs Denaihati ini adalah pertandingan contest SEO yang dianjurkan oleh eyriqazz.

Semoga berpeluang untuk menang dalam pertandingan ini. Tapi biasalah adat bertanding pasti ada kalah dan menang. Yang penting usahakan dahulu dan kemudian tawakkal berserah padaNYA.

Eyriqazz vs Denaihati


Semoga dengan pertandingan contest SEO yang ketiga join ini bakal menambahkan lagi pengalaman yang menarik. Jom join cabaran contest SEO Eyriqazz vs Denaihati!!
Tag :

Sinopsis Dejavu di Kinabalu di Slot Akasia

on Tuesday, June 19, 2012

Salam. Bagi menggantikan Seindah Sakura yang bakal berakhir tidak lama lagi, sebuah drama bersiri bertajuk DEJAVU DI KINABALU akan mengisi Slot Akasia bermula 18 Jun 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Dejavu di Kinabalu dibarisi pelakon2 terkenal seperti  Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff. Drama bersiri 28 episod ini adalah terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan pengarah tersohor, Erma Fatima.


Sinopsis Dejavu di Kinabalu di Slot Akasia

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? 
Tag :

Sinopsis Ameera di Slot Samarinda

Setelah berakhirnya drama penuh emosi Mahabbah, kini drama Ameera bakal menemui penonton setia TV3 di Slot Samarinda.Drama bersiri Ameera arahan Murali Abdullah dibintangi Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), dan ramai lagi. Menariknya drama terbitan Zeel Production ini adalah hasil garapan penulis novel terkenal dengan karya-karya hebat iaitu Sharifah Abu salem. Ameera bakal disiarkan bermula 23 Mei 2012, setiap hari Selasa dan Rabu jam 10.30pm, manakala Khamis pula pada jam 9.30pm.


Sinopsis Ameera di Slot Samarinda

Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer.

Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang telah disiarkan bermula 23 Mei 2012 yang lepas.





Jangan lupa untuk saksikan Sinopsis Ameera di Slot Samarinda di TV3!
Tag :

Sinopsis Bukan Bidadari di Slot Lestary

Salam.. bagi menggantikan 3 Janji yang telah pun melabuhkan tirai minggu lalu, sebuah drama bertajuk BUKAN BIDADARI akan mengisi Slot Lestary bermula 19 Jun 2012, setiap Selasa jam 9 malam di Tv3. Bukan Bidadari merupakan satu lagi karya dari pengarah yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama JUvana, iaitu Faisal Ishak. Drama bersiri terbitan Filmsape ini dibintangi Nad Zainal, Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.

Sinopsis Bukan Bidadari di Slot Lestary







Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk  meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Jangan lupa saksikan Sinopsis Bukan Bidadari di Slot Lestary di TV3!
Tag :

Sayakah Follower Bertuah itu?

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st Giveaway By Iena Eliena... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup tidak dimaklumkan..

Cik tom tag miss yaty, azie dan suri. Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

2nd Giveaway From Mizayusofcom

on Sunday, June 17, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 2nd Giveaway From Mizayusofcom...

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 18 /6/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!

ps: cik tom terlepas peluang nak join contest biskut julies sbb terlupa. sayang betul. apa pun cik tom doakan semoga miza salah seorang pemenang contest biskut julies. amin....
Tag :

E-buku Panduan Malam Pertama Pengantin

on Wednesday, June 13, 2012

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera... Kali ini nak kongsikan kepada E-buku Panduan Malam Pertama Pengantin. Apa itu e-buku? E-buku ialah buku dalam medium elektronik iaitu dalam bentuk file pdf. Anda boleh pilih samaada untuk baca terus dari smartphone, komputer, laptop atau boleh juga print untuk bacaan sendiri. Jom kita sama-sama baca tips pada kali ini ditujukan khusus buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Ianya berkaitan malam pertama pengantin. 

Berikut cik tom kongsikan 7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin anda dengan penuh nikmat dan memuaskan dari sumber website rahsia malam pertama pengantin. Sama-sama kita ikutinya…

Tips Malam Pertama Pengantin 1: Pastikan tubuh badan anda bersih dariapda segala kekotoran. Mandi terlebih dahulu sebelum anda mulakan pelayaran bahtera malam pertama pengantin anda. Ini bagi memastikan badan anda akan berasa segar dan wangi. Pasangan anda akan merasa lebih selesa apabila ingin memulakan seks bersama anda.

Tips Malam Pertama Pengantin 2: Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.

Tips Malam Pertama Pengantin 3: Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

Tips Malam Pertama Pengantin 4: Sentuh payudara isteri anda dengan penuh kelembutan. Jangan mengasari isteri anda buat kali pertama.

Tips Malam Pertama Pengantin 5: Tanyakan isteri anda pada bahagian manakah tubuh dia yang membuatkan dia merasa lebih nikmat sewaktu anda sentuhnya. Fokuskan lebih pada bahagian tersebut. Setiap wanita mempunyai titik-titik ghairah yang berlainan dari segi tahap sensitiviti.

Tips Malam Pertama Pengantin 6: Puaskan isteri anda terlebih dahulu. Setelah isteri anda puas, baru anda (si suami) boleh meneruskan aksi mendayung sehingga anda terpancut.

Tips Malam Pertama Pengantin 7: Jangan lupa mengucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you ayang’ ketika anda berdua asyik dan sedang hanyut di buai nikmat malam pertama pengantin. Ini dapat memudahkan lagi isteri anda mencapai orgasma.

Untuk lebih banyak lagi tips-tips persediaan malam pertama pengantin anda, layari website>> Malam Pertama Pengantin<< atau klik banner di bawah;


Tag : ,

E-Buku Rahsia Merawat Jerawat dalam masa 60 hari

Salam.. Hari ini cik tom nak share tentang E-Buku Rahsia Merawat Jerawat dalam masa 60 hari. Apa itu e-buku? E-buku ialah buku dalam medium elektronik iaitu dalam bentuk file pdf. Anda boleh pilih samaada untuk baca terus dari smartphone, komputer, laptop atau boleh juga print untuk bacaan sendiri. Jom kita sama-sama baca review dari doktor pakar masalah penyakit jerawat.


********************************************

Siapa Saya Untuk Cakap Pasal Jerawat Ni? Hebat Sangat Ke?

Rasanya, sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Lebih molek gitu, betul tak?

Nama saya Dr Hasseenah Hassan, telah berkhidmat sebagai doktor bertauliah selama 20 tahun.

Ringkasan berkenaan dengan latarbelakang pendidikan dan pengalaman saya dalam bidang perubatan adalah:


  • Mendapat Sarjana Kedoktoran (M.D) daripada Universiti Sains Malaysia.
  • Memegang Certificate Course in Dermatology (AFPM) dan Diplomate American Academy of Restorative and Aesthetic Medicine (AARAM).
  • Semenjak 5 tahun kebelakangan ini (2011), saya banyak memberi fokus kepada masalah pesakit jerawat dan telah merawat lebih 1200 orang pesakit yang mempunyai isu jerawat sahaja.
  • Saya turut telah berjaya mengeluarkan produk rawatan jerawat sendiri di bawah jenama “Dr. Hasseenah”.

Cara rawatan yang saya paparkan telah diolah setelah saya membaca buku-buku berkenaan jerawat, berbincang dengan pakar kulit dan yang paling penting berjumpa dan merawat pesakit-pesakit yang menghidap jerawat secara langsung.

Senang sahaja, sebagai kesimpulan, saya memang benar-benar layak dan ingin MEMBANTU anda menyelesaikan masalah jerawat anda .Itulah tugas saya.

Memang tiada lain, saya di sini akan membantu anda menghilangkan jerawat dan mengembalikan keyakinan diri anda dengan memiliki wajah yang lebih menawan dan licin.

Tapi saya sedar, mungkin anda tidak tinggal berhampiran sekitar Shah Alam, Selangor. Kalau anda duduk dekat, memang anda boleh bila-bila sahaja bertemu saya, tiada masalah.

Cara yang terbaik untuk merawat jerawat ialah untuk bertemu saya di klinik agar anda mendapat perhatian dan jawapan yang paling tepat kerana setiap orang adalah unik dan memerlukan perhatian yang berbeza.

Kini anda tak perlu berasa gundah-gulana lagi.

Oleh kerana keterbatasan jarak dan masa anda, demi anda saya telah menghasilkan sebuah ebook iaitu buku dalam bentuk file softcopy PDF.

Kini segala pemasalahan jerawat mampu diselesaikan dengan panduan langkah-demi-langkah yang saya hasilkan sendiri ini.

Memperkenalkan E-buku “Rahsia Jerawat Terbongkar - Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari

Buku ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF hasil tulisan saya sendiri.

Dalam e-buku ini saya telah kumpulkan segala ilmu dan pengalaman saya dalam bidang merawat jerawat selama 5 tahun.

Saya telah ringkaskannya dan mudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.

Ingat, e-buku ini bukan sebarangan ebook. Ia telah ditulis sendiri boleh saya yang merupakan doktor sebenar dan pakar dalam jerawat. Bukan hanya ‘copy paste' maklumat yang di-search daripada Google!

Yang ikhlas;
Dr Hasseenah
“Doktor Pakar Jerawat Anda”
Admin DrHasseenah
Telefon: 03-55411392

ps: Anda dah miliki belum  E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar ? Kalau belum dan berminat boleh melayari website untuk maklumat lanjut >> E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar <<
Tag : ,

CONTEST SOME TIPS FOR SOMETHING

Assalamualaikum dan 1 Malaysia....  Cik tom berminat nak join CONTEST SOME TIPS FOR SOMETHING...  Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan. Tarikh tutup 2/7/2012.  Jom join ramai2.  Cik tom tag miss yaty, anna dan cik siti. Pada yang berminat sila klik banner di bawah ye!





Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat


Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu


Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!
Tips diatas memang hasil dari cik tom cuba entry ini ditaip bagi blog utama cik tom:  Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat
Tag : , ,

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger


Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Tarikh tutup 1/7/2012.

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, anna dan cik siti.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Contest Teka Berapa Harga Aiskrim Comel ni

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Contest Teka Berapa Harga Aiskrim Comel ni... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 16/6/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!


Tag :

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 13/6/2012.

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan anna.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!



Tag :

GA : Saya Nak Lipstik Kolagen

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join GA : Saya Nak Lipstik Kolagen.. 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 30/6/2012....

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan anna.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!



Tag :

MENANG 3: Hadiah Clip Comel dari Sissyira =)

on Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang kontest kata-kata indah dari sis syira!!
ALHAMDULILLAH ini kemenangan ketiga CGL yang cik tom menang menggunakan blog suka suki :) 


Yang bawah ini kata-kata indah yang cik tom reka sendiri =)




Hadiahnya  clip yang comel bawah ni ^_^






Entry pengumuman kemenangan: http://www.sissyira.com/2012/06/keputusan-pemenang-kata-kata-indah.html



Tag :

MENANG 2: Transparent Header dari Killa

on Tuesday, June 5, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang giveaways dari syakilla syed alwi!!
ALHAMDULILLAH ini second CGL yang cik tom menang menggunakan blog suka suki :)
Hadiahnya 1 header transparent ^_^

Entry pengumuman kemenangan: http://syakillaalwi.blogspot.com/2012/06/senarai-pemenang-ga.html



ps: selain CGL dlm blog suka suki, cik tom pun ada join CGL di blog ciktom.com dan alhamdulillah baru memenangi;
1. Hadiah wang tunai RM50 cabutan bertuah review dari papankekunci[dot]com
2. Hadiah wang tunai RM20 + banner 125x125 sebulan tempat ketiga dari top 5 pengomen tegar blog ronaldmohoni.com
3. Hadiah wang tunai RM10 tempat keempat dari review blog ronaldmohoni.com



Tag :

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

on Monday, May 28, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Exclusive Giveaway By Cik Bunny... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup bila cukup 500 penyertaan..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)
Tag :

LUCKY DRAW RM100

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join LUCKY DRAW RM100.. 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st GiveAway Zack-Monavie

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st GiveAway Zack-Monavie... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Tips Penjimatan di Rumah

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Terdapat pelbagai tips penjimatan yang dapat kita lakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya tips penjimatan di rumah iaitu tips penjimatan yang bermula dari rumah sehinggalah kepada penjimatan lain dalam kehidupan seharian. Semuanya terletak pada diri samaada ingin melakukannya atau tidak. Jika anda rajin melakukannya maka jimatlah sumber kewangan anda.

Tips Penjimatan di Rumah

1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.

2.Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakkan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.

3. Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastic kerana ianya sukar untuk dilupuskan.

4. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.

5. Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.

6. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.

7 Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi ke dalam baldi untuk mencuci kereta.

8 Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.

9 Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.

10 Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh menggurangkan antara 25% sehingga 50% pengunaan air.

11 Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda.

12 Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat menggurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.

13 Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

14 Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

15 Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan "standby mode" selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan "standby mode".

16 Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.

17 Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat (CFL). Mentol berpendaflour padat dapat menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.

18 Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.

19 Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.

20 Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

21 Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.

22 Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

23 Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

Selamat mencuba Tips Penjimatan di Rumah!
Tag :

Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja.

Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja

1.Membaca kisah lucu.

Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja lman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka.

2.Berbual dengan teman sebelah.

Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas.

3.Ke pantri atau kafe.

Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif.

4.Ke tandas.

Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka.

5.Berkunjung ke tempat baru.

Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan.

Selamat mencuba Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja!

Tag :

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang supaya anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya terbaca satu artikel mengenai sistem yang boleh anda ikut. Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang


1. Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar… hehe

2. Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. Buat senarai pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. Dan tengok baki bulan yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. Senaraikan hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang handphone RM1000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta waja RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘menyerang’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%, iaitu RM200 sahaja.

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300. (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Sumber: facebook team bebas hutang
Tag :
 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO