Pages

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

on Monday, May 28, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Exclusive Giveaway By Cik Bunny... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup bila cukup 500 penyertaan..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)
Tag :

LUCKY DRAW RM100

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join LUCKY DRAW RM100.. 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st GiveAway Zack-Monavie

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st GiveAway Zack-Monavie... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Tips Penjimatan di Rumah

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.. Terdapat pelbagai tips penjimatan yang dapat kita lakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya tips penjimatan di rumah iaitu tips penjimatan yang bermula dari rumah sehinggalah kepada penjimatan lain dalam kehidupan seharian. Semuanya terletak pada diri samaada ingin melakukannya atau tidak. Jika anda rajin melakukannya maka jimatlah sumber kewangan anda.

Tips Penjimatan di Rumah

1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.

2.Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakkan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.

3. Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastic kerana ianya sukar untuk dilupuskan.

4. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.

5. Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.

6. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.

7 Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi ke dalam baldi untuk mencuci kereta.

8 Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.

9 Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.

10 Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh menggurangkan antara 25% sehingga 50% pengunaan air.

11 Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda.

12 Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat menggurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.

13 Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

14 Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

15 Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan "standby mode" selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan "standby mode".

16 Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.

17 Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat (CFL). Mentol berpendaflour padat dapat menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.

18 Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.

19 Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.

20 Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

21 Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.

22 Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

23 Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

Selamat mencuba Tips Penjimatan di Rumah!
Tag :

Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja.

Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja

1.Membaca kisah lucu.

Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja lman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka.

2.Berbual dengan teman sebelah.

Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas.

3.Ke pantri atau kafe.

Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif.

4.Ke tandas.

Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka.

5.Berkunjung ke tempat baru.

Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan.

Selamat mencuba Tips Kurangkan Tekanan Tempat Kerja!

Tag :

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang supaya anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya terbaca satu artikel mengenai sistem yang boleh anda ikut. Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang


1. Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar… hehe

2. Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. Buat senarai pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. Dan tengok baki bulan yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. Senaraikan hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang handphone RM1000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta waja RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘menyerang’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%, iaitu RM200 sahaja.

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300. (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Sumber: facebook team bebas hutang
Tag :

Tips Penjimatan Air

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Air merupakan antara sumber yang sangat berharga kepada kehidupan manusia.Malahan sumber air turut memberikan peluang untuk kitaran ekosistem kepada hidupan di bumi termasuklah manusia.Hargailah sumber air anda.Tamadun awal manusia selalunya bermula di kawasan sungai.Ini membuktikan sumber air menjadi penyumbang kepada kelestarian kehidupan manusia.

Seharusnya kita semua peka bahawa sumber air sekarang semakin terancam dengan pelbagai masalah antaranya pencemaran,kawasan tadahan hujan (punca air) yang dimusnahkan untuk pembalakan serta pembaziran air.Pembaziran sebagai mana penulisan saya terdahulu,manusia sangat kurang menghatgai sumber mengalir seperti air kerana beranggapan sumber ini tidak akan habis untuk selamanya.Persepsi ini mesti diubah!

Tips penjimatan Air

  1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah(contohnya memilih sistem curahan berkeupayaan 6 liter air ataukurang)
  2. Kurangkan masa mandian atau gunakan paip air perenjis mandian bertekanan rendah
  3. jangan biarkan air mengalir di sinki ketika mencuci muka,menggosok gigi atau bercukur.Cara terbaik ialah dengan menakung air di dalam bekas.
  4. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagiuntuk mengelakkan kehilangan air melalui proses penyejatan akibat cuaca panas.
  5. Ubah suai pemeraik(alat siraman) di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.Jika kawasan taman yang kecil gunakan baldi atau salur getah.
  6. Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6sm keran rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  7. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap atau kotoran.
  8. Gunakan bekas pengairan seboleh mungkin untuk menyiram taman.
  9. Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk,gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.
  10. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  11. Pastikan mesin basuh dipenuhi bagi setiap cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian anda sedikit sahaja.
  12. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah
  13. Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk kegunaan di dalam garaj,di taman dan jika boleh untuk curahan tandas anda.

Bagaimana? Adakah idea di atas agak gila-gila bagi anda? Atau ianya praktikal semuanya terpulanglah kepada anda. Sebaiknya amalkan tips penjimatan air untuk hargai sumber alam dan juga sumber kewangan anda sendiri.
Tag :

Tips Penjimatan Elektrik

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkan pengguna tenaga sama ada di rumah atau di pejabat. Amalan ini bukan sahaja dalam mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik, tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari. Berikut adalah di antara beberapa amalan yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat bagi menjimatkan pengguna tenaga elektrik.

Tips Penjimatan Elektrik


* Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

* Penapis pendingin hawa mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

* Kompresor mesti dibersihkan. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan terlebih dahulu). Pastikan tumbuh-tumbuhan terletak 1 kaki daripada kompresor.

* Tutup lampu pada waktu siang.

* Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

* Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

* Set kipas pada pendingin hawa kepada "ON" daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.

* Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah atau pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/ buka secara kerap.

* Setkan suhu pendingin hawa di antara 24darjahC hingga 26darjahC, iaitu paras rendah (24darjahC) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26darjahC) pada musim hujan. Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semula jadi.

* Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

* Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

* Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

* Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

* Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

* Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

* 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

* Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini kerana udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang betul.

* Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu. Jika wang kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

* Gunakan kemudahan oven yang mencuci sendiri sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

* Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

* Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

* Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

* Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah. Kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

* Lampu kalimantang kompak

* Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu kalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkan tenaga. bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

* Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

* Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

* Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

* Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

* Melaburlah dengan membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan `Cekap Tenaga'. Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat memulangkan kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun.

* Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

* Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang melebihi keperluan keluarga akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

* Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun. Praktiskan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

* Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label "Cekap Tenaga" yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri and Hal Ehwal Pengguna
Tag :

Tips Cara Menjaga Barang Kemas

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Jualan barang kemas di kedai-kedai emas biasanya meningkat berkali-kali ganda pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri. Harga emas yang semakin meningkat saban tahun tidak menghalang orang ramai untuk membeli barangan kemas tersebut. Jangan pandai memakai dan membeli barang kemas sahaja namun tidak tahu cara penjagaan barang kemas yang betul. Jom kita tengok apa tips cara menjaga barang kemas dari pengurus habib jewel.


Ini diakui sendiri oleh Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran Habib, Yasheedah Yashaiya, semasa ditemui di jauhari emas terunggul itu, beberapa hari sebelum menjelang hari lebaran. Menurut Yasheedah, memiliki barang kemas dengan rekaan terkini merupakan satu kepuasan bagi sesetengah orang. Bagi mereka, biar penat bekerja dan mengumpul wang asalkan dapat memiliki barang kemas idaman. Namun menurut Yasheedah, dalam keseronokan menyambut Hari Raya, ramai yang terlupa untuk menjaga keselamatan barang kemas mereka.


‘‘Ramai yang suka menyimpan barang kemas di rumah seperti di dalam almari, bekas tin, bantal dan sebagainya. Walaupun kita berjaya menyorokkan barang kemas namun pencuri boleh masuk ke dalam rumah dan menyelongkar seluruh rumah untuk mencari barang kemas.


‘‘Pencuri ini pandai, kita sangka mereka tak akan jumpa barang kemas yang kita simpan namun sebenarnya mereka ini seperti ada hidung yang boleh mencium ‘bau’ emas dan dapat mencarinya.


‘‘Barang kemas menjadi sasaran utama pencuri selain duit kerana barang kemas kecil dan mudah untuk mereka membawanya. Bagi mereka, kalau tak dapat duit, dapat barang kemas pun sudah cukup baik,’’ tambah Yasheedah.


Sebaik-baiknya kata beliau, sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung atau menziarahi saudara-mara, simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai di dalam peti keselamatan di bank. Beliau menambah, biasanya kaum Melayu tidak suka menyimpan atau tidak tahu bagaimana hendak menyimpan barang kemas di dalam peti keselamatan di bank.


‘‘Jika seseorang itu mempunyai akaun di bank, mereka boleh memohon bagi mendapatkan sebuah peti keselamatan bagi simpanan barang kemas,’’ ujar Yasheedah.


Selain itu, barang kemas yang bercampur-campur dengan batu permata lain seperti berlian dalam satu bungkusan akan menyebabkan berlian bercalar dan tidak berkilat.


‘‘Begitu juga jika hendak menyimpan perhiasan diri daripada mutiara. Masukkan mutiara di dalam kertas tisu dan gulung. Mutiara ini sensitif, ia tidak boleh terkena air atau bahan asing kerana ia boleh ‘beranak’, iaitu timbul satu bintik di atas mutiara.


‘‘Cara yang paling baik ialah dengan mengasing-asingkan jenis barang kemas, iaitu emas putih sahaja, emas kuning, berlian, mutiara atau batu permata lain.


‘‘Contohnya, emas kuning tidak boleh bercampur dengan emas putih kerana akan menyebabkan emas putih tidak berkilat lagi,’’ kata Yasheedah.


Untuk itu, kata beliau, mereka yang mempunyai banyak barang kemas disyorkan untuk membeli beg khusus yang boleh menyimpan semua barang kemas. Beg tersebut mempunyai banyak ruang berbeza bagi menyimpan barang kemas seperti rantai, loket, gelang tangan, cincin, kerongsang dan sebagainya.


“Biasanya pada musim perayaan kami juga akan menghubungi pelanggan tetap mereka agar datang mendapatkan khidmat penjagaan barang kemas seperti mencuci, membaiki kancing, mengetatkan berlian dan sebagainya.


‘‘Barang kemas yang dibuat daripada emas 10 ini lembut. Kadang-kadang kita tidak sedar kancingnya dah haus dan mudah tercabut. Kadang-kadang ia akan terbuka sendiri dan kita tak perasan ia tercicir.


‘‘Jadi sebelum memakai barang kemas, periksa dahulu keadaan kancing atau cangkuk agar barang kemas tidak tercicir,’’ katanya lagi.

Tips Cara Menjaga Barang Kemas


1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan bank.

2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan.

3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa pergi beraya kerana takut tertinggal atau dicuri semasa orang ramai.

4. Cara membersihkan barang kemas – campurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas. Angkat bila air suam dan berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering.

5. Jika sorok barang kemas, jangan lupa di mana tempatnya.

6 Jangan pakaikan anak dengan barang kemas semasa hendak pergi membeli-belah kerana kemungkinan akan diragut.

7. Bila ke kedai emas, cari tempat letak kereta yang paling hampir.

8. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas pada satu masa kerana rekaannya tidak jelas dan tidak cantik.

9. Barang kemas asas yang mesti ada – rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Beli yang boleh dipakai dengan semua baju.

10. Bagi yang belum ada barang kemas, beli satu rantai tangan pintal kerana rekaannya evergreen, sesuai dengan semua baju dan cangkuknya selamat.
Tag : ,

Tips Mengenali Penipu

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.... Hari ini nak share tips mengenali penipu untuk tujuan keselamatan diri kita sendiri dan juga keluarga tersayang. Tips- tips ini akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri daripada ditipu.

Tips Mengenali Penipu


1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.


2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.


3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.


4. Pergerakan – Eksperisi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.


5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.


6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.


7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.


8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.


9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.


10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.


11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.


12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.


13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.


14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.


15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.


Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Kita perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek.

Sentiasalah berhati-hati dan jadikan Tips Mengenali Penipu sebagai rujukan.
Tag :

Lucky Draw by ShaModa Belleza

on Sunday, May 27, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Lucky Draw by ShaModa Belleza .. 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st Giveaways by Syakilla Syed Alwi

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st Giveaways by Syakilla Syed Alwi... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Tarikh tutup 16/6/2012..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st Giveaway By Nabila Medan... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 8/6/2012..

Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shagJom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

May 2012 Blog Giveaway

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join May 2012 Blog Giveaway... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

BIRTHDAY GIVEAWAY 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join BIRTHDAY GIVEAWAY 2012... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Happy BIRTHDAY emie fatin.. Semoga dimurahkan rezeki, sentiasa ceria dan sukses dalam dunia blogging mahupun kehidupan seharian. amin..

Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Sabah Giveaway by Sharina


Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Sabah Giveaway by Sharina... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 20/6/2012..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Random Giveaway by Yana


Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join  Random Giveaway by Yana... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st Mini Giveaway by Lieyna Rosli

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st Mini Giveaway by Lieyna Rosli... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Tarikh tutup 27/5/2012..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Topup Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Topup Giveaway by Nabeel Fikree... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 14/6/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!


Tag :

Fifth Give Away (GA)

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Fifth Give Away (GA)... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Cik tom harap sangat dapat menang buku ini sebabnya cik tom memang suka masak memasak dan cuba resepi baru. 

Korang doakan cik tom berjaya ye. thanks :)

Tarikh tutup 27/5/2012..

Jom join ramai2.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!


Tag :

MENANG 1: Shawl dan brooch dari cik misi nadia =)

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Yeay!!! Cik tom menang 1 contest dari cik misi nadia!!
ALHAMDULILLAH ini first contest yang cik tom menang guna blog suka suki :)
Hadiahnya shawl dan brooch =)


Tag :

Ann Anniversary Give Away 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Ann Anniversary Give Away 2012... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




sponsor:
Follow blog Macam-macam-ann
Follow blog Surf-Ann-Shoppe
Like Pages Surf & Shoppe
Follow blog Kiki Bundle
Like Pages Kiki Bundle


Hadiah Utama:
Baucer RM15 + Hadiah Misteri Tajaan Surf & Shoppe
Hadiah kedua:
Baucer RM10 + Hadiah Misteri Tajaan Kiki Bundle
Hadiah Referral tertinggi:
Tasbih Digital + Hadiah Misteri

Tarikh tutup 30/5/2012..

Jom join ramai2. Cik tom dapat tau contest ni dari blog noor fatin.

Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Contest 2 : Kata-Kata indah

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Contest 2 : Kata-Kata indah by sissyira... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Kata-kata indah yang cik tom reka n pertaruhkan :

Rumahku Syurgaku yang bertiangkan seribu kenangan terindah, berdindingkan kedamaian dan kasih sayang yang harmonis bak beratapkan rahmat Ilahi laksana syurga duniawi 

Tarikh tutup 3/6/2012..

Jom join ramai2. 

Cik tom tag miss yaty dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

 Cik tom berminat nak join 2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna....

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Tarikh tutup 6/6/2012..

Jom join ramai2.


Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

DNC 1ST GIVEAWAY

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

 Cik tom berminat nak join DNC 1ST GIVEAWAY... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 14/6/2012..

Jom join ramai2.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

2nd Anniversary My Online Boutique Giveaway

on Wednesday, May 23, 2012

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 2nd Anniversary My Online Boutique Giveaway... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 31/5/2012..

Jom join ramai2. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

1st Giveaway By Iena Eliena

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join 1st Giveaway By Iena Eliena... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.


Tarikh tutup 7/6/2012..

Jom join ramai2. Cik tom dapat tau contest ni dari blog 3 siblings. Cik tom tag miss yaty, cik siti dan shag.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Give away Domain percuma...!!!!

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Give away Domain percuma...!!!!

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 26/5/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

 Cik tom berminat nak join Cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA yang dianjurkan oleh blogger sop... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.



Tarikh tutup 25/5/2012..

Jom join ramai2.

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join Birthday Giveaway by amna... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 29/7/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :

Tips Kecantikan Khas Buat Wanita 30-an


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga tips kecantikan dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dan 40-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.



a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan - pengambilan makanan kesihatan adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an dan 40-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Tag : ,

Tips Awet Muda dan Kekal Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.



Antara Tips Awet Muda dan Kekal Sihat ialah;



1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma 3K dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda.
Tag : ,

Tips Kuatkan Daya Ingatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebenarnya, kita dapat kuatkan daya ingatan atau meningkatkan daya ingatan pada diri kita. Secara tidak langsung mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. 


Antaranya Tips Kuatkan Daya Ingatan ialah:

1. Membaca Al-Quran


Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

2. Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

3. Mengawal Tekanan


Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

4. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

5. Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

6. Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Awasi Pengambilan Ubat


Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

8. Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

Tag :

1st GA: MairaDiana Nak Kasi Brooch

Assalamualaikum dan 1 Malaysia.... 

Cik tom berminat nak join1st GA: MairaDiana Nak Kasi Brooch... 

Cik tom dah follow semua syarat yang ditetapkan.




Tarikh tutup 9/6/2012..

Jom join ramai2. 

Pada yang berminat sila klik banner di atas ye!
Tag :
 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO