Pages

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang

on Monday, May 28, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia... Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang supaya anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya terbaca satu artikel mengenai sistem yang boleh anda ikut. Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang


1. Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar… hehe

2. Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. Buat senarai pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. Dan tengok baki bulan yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. Senaraikan hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1)Hutang handphone RM1000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta waja RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘menyerang’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%, iaitu RM200 sahaja.

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300. (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Sumber: facebook team bebas hutang
Ranking: 5

Coretan Hati Cik Tom: CIK TOM | Blog Suka Suki

Coretan Tips Bayar Hutang Sekeliling Pinggang di taip oleh CIK TOM Pada tarikh Monday, May 28, 2012. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO