Pages

Tutorial Cara Nak Buat Blog Percuma Blogspot

on Sunday, June 19, 2011

Salam sayang kepada kawan blogger dan pengunjung blog cik tom.. Cik tom nak share tutorial cara nak buat blog percuma blogspot. Buat sesiapa yang teringin nak ada akaun blogger dan ingin menjadi penulis blog. Membuat blog cukup mudah sebenarnya. Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog. Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan Gmail. Jika belum ada daftar dulu akaun di www.gmail.com. Sesudah mendaftar barulah korang boleh follow up step tutorial cara nak buat blog percuma version blogspot.

STEP 1

Buka web browser dan masuk ke website "www.blogger.com". Klik pada "GET STARTED" yang dalam box kaler orange tue.



STEP 2

Akan keluar "CREATE A GOOGLE ACCOUNT". Isi semua maklumat dalam form yang disediakan seperti dalam gambar di bawah untuk create google account. Dah siap isi, boleh klik "CONTINUE".




STEP 3

Seterusnya akan keluar paparan berikut iaitu "NAME YOUR BLOG". Kat sini korang akan isi nama dan URL blog.



Blog title:

Untuk namakan blog korang. Nama blog ini akan muncul pada dashboard, profile blog dan juga pada. Seeloknya bagi nama yang melambangkan identiti korang atau apa yang berkaitan dengan pangisian blog korang.

Blog Url Adress:

Untuk alamat blog korang. Contohnya (http://ciktom.blogspot.com. Kemudian check pada availability untuk menyemak samaada nama blog yang korang pilih tue dah ada orang guna atau belum. Seeloknya url dan nama blog selari atau saling berkaitan.

Word Verification:

Masuk huruf yang dipaparkan untuk verify (sahkan).
Selepas siap, boleh klik "CONTINUE".

STEP 4

Langkah seterusnya adalah korang kena pilih template yang nak digunakan dalam laman blog. Terdapat pelbagai jenis template yang ada. Korang klik mana template yang korang rasa menarik. Lepas tue, sila klik "CONTINUE".



STEP 5

Yeay! akan keluar "Your Blog Has Created!" means yang korang dah berjaya buat blog sendiri. Kemudian, klik "START BLOGGING" untuk korang pergi cuba taip first entry/post dalam blog.



STEP 6

Korang boleh mula menaip apa yang ingin korang kongsikan dalam blog. Tulis tajuk pada "TITLE". Taip entry pada "COMPOSE". Selepas siap menaip, klik pada "PUBLISH POST" selepas selesai menaip.


*old version editor*

**untuk setting/ lihat apa-apa pada blog, korang boleh refer pada dashboard. Klik pada menu kecil bahagian atas sebelah kanan.

p/s: Untuk lihat gambar yang lebih jelas, sila right click->new tab.
Ranking: 5

Coretan Hati Cik Tom: CIK TOM | Blog Suka Suki

Coretan Tutorial Cara Nak Buat Blog Percuma Blogspot di taip oleh CIK TOM Pada tarikh Sunday, June 19, 2011. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO