Pages

Sinopsis Dejavu di Kinabalu di Slot Akasia

on Tuesday, June 19, 2012

Salam. Bagi menggantikan Seindah Sakura yang bakal berakhir tidak lama lagi, sebuah drama bersiri bertajuk DEJAVU DI KINABALU akan mengisi Slot Akasia bermula 18 Jun 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Dejavu di Kinabalu dibarisi pelakon2 terkenal seperti  Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff. Drama bersiri 28 episod ini adalah terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan pengarah tersohor, Erma Fatima.


Sinopsis Dejavu di Kinabalu di Slot Akasia

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? 
Ranking: 5

Coretan Hati Cik Tom: CIK TOM | Blog Suka Suki

Coretan Sinopsis Dejavu di Kinabalu di Slot Akasia di taip oleh CIK TOM Pada tarikh Tuesday, June 19, 2012. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

{ 1 comments... read them below or add one }

Ibu Aqmar said...

cite ni mcm best je...
tag kamu kat sini http://www.akmarwati.com/2012/06/birthday-giveaway-and-up-your-follower.html


June 24, 2012 at 7:16 AM
 
© Blog SUKA SUKI | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO